Seminar Kesihatan & Keselamatan Pekerjaan anjuran MTUC & PERKESO
Seberang Jaya, 29 September 2016 – Malaysian Trades Union Congress (MTUC) Cawangan Pulau Pinang telah menganjurkan satu Seminar Kesihatan & Keselamatan Pekerjaan anjuran bersama PERKESO di Hotel Pearl View Seberang Jaya pada hari 28 dan 29 September 2016.
Program ini telah disertai oleh pelbagai Kesatuan gabungan termasuk NUBE Wilayah Utara. Saudara Zaini Halidan yang merupakan Ahli Jawatankuasa Cawangan bersama Saudara Mohd Syukri Abdullah Ahli Jawatan Kuasa Kerja telah hadir mewakili NUBE NR menyertai seminar tersebut.
Pelbagai topik telah dibentangkan kepada para peserta dalam isu-isu kesihatan dan keselamatan pekerjaan. Wakil-wakil speaker yang terdiri daripada Badan kerajaan dan Bukan Kerajaan seperti DOSH , JKJR dan PERKESO juga turut hadir bagi memberi taklimat yang berkaitan dengan seminar tersebut.
Program selama dua hari ini telah berlangsung dengan jayanya dan diakhir program para peserta telah diberi sijil penghargaan.