30 Apr 2025

BERITA NUBE



Steven Sim & Pengkhianatan Bersiri Terhadap Pekerja Bank: Bab 2

Siri NUBE Mengenai Pencabulan Sengaja Menteri Sumber Manusia Terhadap Undang-Undang dan Konvensyen Buruh Antarabangsa

Ketika kalendar beralih ke arah suatu lagi sambutan Hari Pekerja, fokus kita sepatutnya terhadap hak dan faedah golongan buruh yang terhakis sejak kebelakangan ini dan bukan kemajuan pekerja sejak Merdeka.

Yang pedih sekali untuk kaum buruh dalam zaman ini adalah sikap wakil utama kerajaan terhadap mereka — terutamanya terhadap golongan yang berada dalam sektor perbankan.

Menteri Sumber Manusia Steven Sim dan aparatnya telah mengecewakan pekerja-pekerja bank bila-bila saja peluang wujud untuk memuaskan nafsu majikan dalam sektor tersebut.

Dalam bab terakhir dua siri ini, kita meneliti lebih banyak salah laku Menteri, dan niatnya dalam menghalang Kesatuan Kebangsaan Pekerja Bank (NUBE) daripada melaksanakan kewajibannya untuk menyediakan perlindungan sosial dan keadilan sosial kepada 15,000 ahlinya.

Sejak dua tahun lalu, Sim, sebagai si pemusnah kesatuan, telah melakukan segala yang terdaya untuk menafikan ahli NUBE peluang yang sewajarnya dalam mendapatkan gaji dan faedah yang lebih baik. Ini termasuk menafikan hak asas mereka untuk berunding dengan majikan. Ini pelanggaran jelas prinsip perundingan niat baik dalam hubungan buruh di seluruh dunia yang dianjurkan oleh Pertubuhan Buruh Antarabangsa.

Dalam “Steven Sim & Pengkhianatan Bersiri Terhadap Pekerja Bank - Bab 1”, kita mengkaji tindakan kuku besi Menteri yang membawa kepada pemberhentian pembayaran Bantuan Perayaan (FA) tahunan untuk pekerja bank dan menyekat rundingan untuk Perjanjian Kolektif (CA) baharu mengenai gaji mereka.

Dalam Bab 2, kita meneliti pelanggaran lain oleh Menteri, termasuk:

TINDAKAN DIAM TERHADAP ADUAN PERKAUMAN DAN GANGGUAN SEKSUAL DI MAYBANK

Dua ahli wanita NUBE di Maybank masing-masing telah mengadu menjadi sasaran perkauman dan gangguan, termasuk gangguan seksual.

Sim tidak mengambil tindakan terhadap Maybank berdasarkan aduan yang dikemukakan oleh NUBE, mengakibatkan ketidakamanan tempat kerja bagi wanita dalam sektor perbankan.

Apabila Sim bertindak, ia adalah untuk merujuk aduan terhadap Maybank ke Mahkamah Perusahaan dengan kelajuan kilat untuk menghentikan NUBE daripada menyiarkan salah laku bank itu kepada umum lagi.

Salah seorang pengadu kemudiannya didisiplinkan oleh pihak pengurusan kerana bersuara.

Pelaku dalam kes gangguan seksual masih bekerja di Maybank walaupun didakwa secara jenayah, manakala mangsa dipecat.

KEGAGALAN MENJAWAB SURAT NUBE, TERMASUK ARAHAN PM

Sepanjang tempoh perkhidmatannya, Sim telah melakukan segala upaya untuk mengelak daripada berinteraksi dengan NUBE.

Dia juga enggan menjawab banyak aduan yang dikemukakan oleh kesatuan terhadap bank.

Lebih buruk, beliau juga telah mengingkari arahan Perdana Menteri mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan hal-ehwal buruh. Tindakan diam Sim adalah pelanggaran prinsip akauntabiliti yang digariskan dalam Peraturan-Peraturan Pengurusan Tatatertib Dalam Perkhidmatan Awam.

Kami ingin mengingatkan Menteri, bank dan semua rakyat Malaysia bahawa negara kita telah meratifikasi Konvensyen ILO 98 sejak tahun 1961, hampir tujuh dekad yang lalu. Konvensyen itu mengamanahkan kerajaan untuk mengambil semua langkah untuk menggalakkan dan mempromosikan pembangunan dan penggunaan jentera untuk rundingan sukarela antara pekerja dan majikan.

Menteri tidak sepatutnya tergesa-gesa merujuk Perjanjian Kolektif ke Mahkamah Perusahaan, terutamanya apabila beliau sedar sepenuhnya bahawa majikan belum pun memulakan rundingan dengan Kesatuan dan hanya menggunakan Menteri untuk mendapatkan rujukan ke Mahkamah untuk keputusan.

Steven Sim sepatutnya menegakkan hak pekerja; bukan menjadi pengkhianat bersiri terhadap mereka.



 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at nube_hq@nube.org.my