SKIM INSURANS PELBAGAI MANFAAT KUMPULAN (GMBIS)

Great Eastern Life Assurance (Malaysia) Berhad bersama NUBE telah melancarkan skim GMBIS berkaitan pelaburan dengan pelaburan berasaskan RESTU FUND.

Skim ini meliputi semua ahli NUBE, pasangan sah dan anak-anak mereka. Skim ini juga menyediakan perlindungan terhadap 45 penyakit kritikal.

GMBIS menyediakan perlindungan sehingga RM200,000 (dengan premium daripada RM1.83/RM3.67 sehari).

Lapan (8) manfaat hebat GMBIS adalah seperti berikut:
  • Jaminan penerimaan (tiada pengisytiharan kesihatan diperlukan)
  • Premium dari RM1.83 sehari
  • Melindungi 45 penyakit kritikal & banyak lagi
  • Panjangkan perlindungan untuk pasangan dan anak-anak
  • Kadar premium yang sama untuk semua peringkat umur
  • Pengeluaran tunai yang fleksibel melalui penebusan unit untuk kecemasan
  • Penyertaan sehingga 65 tahun hari jadi berikutnya
  • Perlindungan berterusan sehingga bersara

COVERAGES PROVIDED UNDER THIS SCHEME - BENEFITS & SUM ASSURED:

ManfaatPremium Bulanan dan Jumlah Diinsuranskan
RM55/sebulanRM110/sebulan
45 penyakit kritikalRM50,000RM100,000
Kematian (sebab semulajadi/penyakit)RM50,000RM100,000
Kematian kerana kemalanganRM100,000RM200,000
Hilang Upaya Kekal Menyeluruh (TPD) akibat penyakitRM50,000RM100,000
Hilang Upaya Kekal Menyeluruh (TPD) akibat kemalanganRM100,000RM200,000
Elaun Tunai Hospital HarianRM50/sehariRM100/sehari
Perbelanjaan PengebumianRM5,000
Jumlah Nilai Pelaburan (TIV) Berdasarkan Nilai Aset Bersih (NAB) semasa
Kelebihan Skim ini:
  • Tahap premium yang sama untuk semua peringkat umur
  • Pengiriman wang premium automatik melalui potongan gaji memastikan perlindungan berterusan.
  • Premium jauh lebih rendah berbanding polisi individu.
  • Penyertaan boleh diteruskan sehingga umur 65 tahun.
  • Pengeluaran tunai untuk kecemasan

Salah satu keistimewaan skim ini ialah anda boleh menjual beberapa unit dalam dana anda selepas mencarum sekurang-kurangnya 12 bulan.

Kelayakan & Penyertaan:
  • Ahli dan pasangan sah berumur antara 19 hingga 60 tahun hari lahir berikutnya.
  • Kanak-kanak berumur antara 30 hari hingga 19 atau 23 tahun untuk pelajar sepenuh masa. Ini hanya terpakai untuk kanak-kanak yang belum berkahwin dan menganggur sahaja.
  • Perlindungan untuk tanggungan boleh dilanjutkan hanya jika ahli menyertai skim ini.

NUBE menyediakan produk ini dengan kerjasama Great Eastern Life Assurance (Malaysia) Berhad bagi membolehkan ahli NUBE mempunyai pilihan untuk dibuat dalam memastikan mereka dan ahli keluarga mereka mendapat perlindungan yang sewajarnya.

Kira-kira RM30 juta tuntutan telah dibayar untuk skim GMBIS di bawah NUBE sejak tahun 1986.

Ahli yang berminat boleh menghubungi:

PSM Associates: 012-3072811

Ibu Pejabat NUBE: 03-22749800

Pejabat Great Eastern: 03-48133856

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at nube_hq@nube.org.my