HONG LEONG BANK, CA SUDAH JELAS. KENAPA HAK PEKERJA MASIH CUBA DIKURANGKAN?
Ahli NUBE di Hong Leong Bank Berhad (HLBB) yang diarahkan bekerja pada cuti umum di Selangor baru-baru ini telah dimaklumkan bahawa pekerja bergaji RM4,000 ke bawah hanya layak mendapat cuti gantian, bukan bayaran OT atau mendapat satu hari cuti sebagai ganti.
Ahli di suruh buat pilihan.
Tetapi apa kata Article 28 Collective Agreement yang melindungi ahli NUBE?
Pekerja yang diwajibkan bekerja pada waktu kerja biasa pada Cuti Umum hendaklah dibayar dua (2) kali Ordinary Rate of Pay.
Jika bekerja di luar waktu kerja biasa pada Cuti Umum, bayarannya ialah 4½ kali Hourly Rate of Pay.
Article 28 tidak mengatakan hak ini hanya untuk pekerja bergaji bawah RM4,000.
Jadi persoalannya mudah:
Mengapa Hong Leong Bank cuba menggunakan had RM4,000 untuk menafikan bayaran yang telah dipersetujui melalui Collective Agreement?
Mengapa tidak merujuk kepada Collective Agreement kita?
Inilah yang kami maksudkan apabila kami berkata BANK TIPU KITA!
Hak pekerja dirunding.
Hak pekerja dipersetujui.
Hak pekerja ditulis dalam CA.
Tetapi apabila tiba masa untuk melaksanakannya, pekerja pula yang perlu mempertahankan hak mereka sekali lagi.
Hong Leong Bank, hormati Collective Agreement. Bayar pekerja mengikut hak yang telah dipersetujui.
Hak pekerja bukan ihsan bank. Hak ini diperjuangkan oleh kesatuan
#BankTipuKita #NUBE #HakPekerja #HakAhliNUBE #HormatiCA #PerjanjianKolektif #PekerjaBank #SolidaritiPekerja #WorkersRights #RespectTheCA #CollectiveAgreement #BankWorkers #UnionStrong #WorkerSolidarity #UnityIsStrength #HongLeongBank
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now