06 Sep 2026

BERITA NUBE

 

GAJI PEKERJA IKUT “MARKET RATE”. KEUNTUNGAN BANK RM33.3 BILION. SIAPA SEBENARNYA MENENTUKAN NILAI PEKERJA?

Bila pekerja bank bercakap tentang gaji, kita sering mendengar satu istilah:

“Market rate.”

Tetapi siapa yang menentukan “market rate” itu? Dan adakah ia benar-benar mencerminkan nilai yang dicipta oleh pekerja?

Baru-baru ini, Dr Zouhair Rosli membangkitkan persoalan penting tentang gaji dan bagaimana nilai ekonomi diagihkan antara pekerja dan majikan.

Produktiviti buruh Malaysia meningkat 4.1% pada 2025. Namun persoalannya bukan sekadar sama ada produktiviti meningkat.

Siapa yang menikmati nilai yang dicipta apabila produktiviti dan keuntungan meningkat?

Sekarang lihat industri perbankan.

Pada 2025, Maybank, CIMB, Public Bank, Hong Leong Bank dan RHB mencatatkan keuntungan kira-kira:

RM33.3 BILION.

Itu baru lima bank.

NUBE berdepan dengan 17 bank dalam rundingan CA20.

Kami serahkan kira-kira seterusnya kepada anda.

Lihat angka. Nilai sendiri.

Dalam beberapa video ahli yang telah kami kongsikan, kita mendengar realiti yang sama: gaji semakin tidak mencukupi untuk menampung rumah, bil, makanan, pendidikan anak-anak dan kos kehidupan yang terus meningkat.

Dan ini hanya beberapa suara. Di sebaliknya ada ribuan lagi ahli NUBE yang berkongsi realiti yang sama.

Inilah realiti di sebalik istilah “market rate”.

Kalau pekerja membantu mencipta nilai dan keuntungan berbilion ringgit, mereka berhak bertanya:

Adakah “market rate” benar-benar mencerminkan nilai pekerja, atau sekadar menentukan berapa sedikit pekerja perlu dibayar?

Inilah persoalan di sebalik BANK TIPU KITA.

Jangan percaya slogan semata-mata.

Lihat angka.

Dengar suara pekerja.

Nilai sendiri.

BANK TIPU KITA!

Ketahui. Bersatu. Bersedia.

Perpaduan adalah Kekuatan. Kekuatan adalah Kemenangan.

#BankTipuKita #JelajahNUBE #NUBE #GajiTakCukup #GajiPekerja #PekerjaBank #CA20 #HakPekerja #MaruahPekerja #SuaraPekerja #KosSaraHidup #KeadilanPekerja #MarketRate #FairWages #BankWorkers #WorkersRights #WorkersVoice #WorkersDignity #CollectiveBargaining #WorkerSolidarity #UnionStrong #UnityIsStrength

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at nube_hq@nube.org.my