GLC KONONNYA UNTUK MANFAAT RAKYAT. TAPI KALAU PEKERJA SENDIRI TERPAKSA BERJUANG UNTUK HAK, SIAPA SEBENARNYA YANG MENDAPAT MANFAAT?
Semalam, Kerajaan sekali lagi bercakap tentang kejayaan GLC dan GLIC.
Kementerian Kewangan berkata 91.7% daripada 206,987 pekerja tetap rakyat Malaysia di GLIC dan GLC di bawah mereka menerima sekurang-kurangnya RM3,100 sebulan, penanda aras gaji kehidupan wajar. Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan pula berkata GLC dan GLIC perlu menjadi pemangkin kepada syarikat swasta untuk menawarkan pendapatan lebih baik.
Bagus. NUBE juga mahu pekerja dibayar dengan adil.
Tetapi sekarang mari kita lihat realiti pekerja bank.
LIHAT SIAPA YANG ADA DALAM SISTEM PERBANKAN KITA
Di sebalik beberapa bank terbesar Malaysia terdapat pegangan besar institusi seperti PNB, KWSP, KWAP dan Khazanah, selain institusi berkaitan awam yang lain. Ini melibatkan simpanan persaraan pekerja, dana persaraan awam, pelaburan rakyat dan kekayaan negara.
Persoalannya bukan sama ada bank patut membuat keuntungan. Bank mesti kukuh dan menguntungkan. Tetapi jika kekayaan ini dikatakan membawa manfaat kepada negara dan rakyat, untuk siapa kejayaan itu akhirnya membawa manfaat?
Pekerjalah yang membantu mencipta nilai tersebut. Namun pekerja bank masih berjuang untuk CA20 dan Bantuan Perayaan (FA). Malah Social Dialogue, yang sepatutnya menjadi ruang pekerja dan majikan berbincang, turut menjadi pertikaian.
Hari ini kita mendengar sendiri realiti Sis Nani Triana Ahmad selepas 31 tahun berkhidmat di Maybank. Dengan keluarga untuk ditanggung, kos perubatan dan kos kehidupan yang semakin meningkat, beliau berkata:
“Bila gaji masuk, gaji keluar. Tak sempat nak simpan, dah habis.”
Inilah jurang antara angka besar dengan kehidupan sebenar pekerja.
JADI SIAPA YANG BERTANGGUNGJAWAB?
Selama ini kita bertanya kepada bank. Kita bertanya kepada MCBA. Kita berunding, bersuara dan menggunakan saluran yang ada. Tetapi sudah tiba masanya kita melihat lebih jauh ke atas rantaian tanggungjawab.
Kerajaan sendiri mahu GLC dan GLIC menjadi contoh. Kerajaan sendiri bercakap tentang gaji kehidupan wajar. Kerajaan sendiri, melalui Kementerian Kewangan, menggerakkan agenda GLC dan GLIC.
Dan orang yang memimpin Kerajaan serta memegang portfolio Menteri Kewangan ialah orang yang sama: YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Jadi apabila realiti pekerja bercanggah dengan apa yang Kerajaan war-warkan, tanggungjawab tidak boleh berhenti pada bank dan MCBA sahaja.
Jika Kerajaan mempunyai kuasa dan pengaruh untuk menentukan hala tuju, pekerja berhak bertanya: Mengapa selepas bertahun-tahun, CA20, FA dan Social Dialogue masih menjadi perjuangan?
Dan ada persoalan yang lebih besar. Jika kekayaan rakyat berada dalam sistem ini, tetapi pekerja masih perlu berjuang untuk bahagian yang adil daripada nilai yang mereka bantu cipta, siapa sebenarnya yang mendapat manfaat? Rakyat dan pekerja, atau mereka yang berada di atas?
Jangan hanya lihat bank. Jangan hanya lihat MCBA. Lihat juga siapa yang mempunyai kuasa untuk mengubah keadaan ini.
Kerana dengan kuasa datang tanggungjawab. Dan dengan tanggungjawab datang akauntabiliti.
BANK TIPU KITA!
KERAJAAN PUN TIPU KITA!
Ketahui. Bersatu. Bersuara.
Perpaduan adalah Kekuatan. Kekuatan adalah Kemenangan.
#GLC #GLIC #GajiWajar #GajiRM3100 #RealitiPekerja #PekerjaBank #HakPekerja #SuaraPekerja #MaruahPekerja #CA20 #BantuanPerayaan #DialogSosial #BankTipuKita #JelajahNUBE #NUBE #Akauntabiliti #LivingWage #FairWages #BankWorkers #WorkersRights #WorkersVoice #WorkersDignity #SocialDialogue #CollectiveBargaining #PublicAccountability #WorkerSolidarity #UnionStrong #UnityIsStrength #AnwarIbrahim
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now