BANK UNTUNG BERBILION. PEKERJA IKAT PERUT. SIAPA YANG MAKAN BESAR?
Hari ini seorang pekerja bank memberitahu kita sesuatu yang sepatutnya membuat semua orang marah.
Selepas bayar rumah, kereta, bil dan keperluan keluarga:
“Kadang-kadang hujung bulan terpaksa ikat perut untuk hidup.”
Seorang lagi pekerja berkata:
“Kami bukan minta gaji dan bonus sama banyak dengan CEO-CEO bank. Kami hanya minta gaji dan bonus yang wajar.”
Fikirkan tentang dua kenyataan itu.
Pekerja bukan minta jadi kaya. Mereka cuma mahu kerja keras mereka memberikan kehidupan yang bermaruah.
Tetapi lihat apa yang sedang berlaku.
Bank mencatat keuntungan berbilion ringgit.
Mereka yang berada di atas menikmati ganjaran besar.
Pemegang saham menikmati hasil daripada prestasi bank.
Kerajaan MADANI pilih untuk memekak, membuta dan membisu.
Sementara itu, ada pekerja bank yang ikat perut sebelum gaji seterusnya.
ADA SESUATU YANG TIDAK KENA.
Kalau pekerja membantu mencipta kekayaan ini, mereka berhak bertanya:
SIAPA DIBAYAR BERAPA
Berapa untuk mereka di atas
Berapa untuk pemegang saham
Dan berapa untuk pekerja
Sudah tiba masanya kita lihat angka itu satu persatu.
Berapa besar ganjaran di atas.
Berapa yang diterima pekerja.
Dan sebesar mana jurang di antaranya.
Angka tidak berbohong.
Kalau bank boleh menjadi semakin kaya sedangkan pekerjanya masih bergelut untuk hidup dengan bermaruah, maka kita perlu bertanya sekali lagi:
SIAPA SEBENARNYA YANG MAKAN BESAR
BANK TIPU KITA!
Ketahui. Bersatu. Bersuara.
Perpaduan adalah Kekuatan. Kekuatan adalah Kemenangan.
#BankTipuKita #JelajahNUBE #NUBE #PekerjaBank #GajiWajar #HakPekerja #MaruahPekerja #SuaraPekerja #KeadilanPekerja #KosSaraHidup #PekerjaCiptaNilai #BankUntungBerbilion #WorkersRights #BankWorkers #FairWages #WorkersVoice #WorkersDignity #WorkersCreateValue #FairShare #CostOfLiving #CorporateAccountability #WorkersJustice #CollectiveBargaining #WorkerSolidarity #UnionStrong #UnityIsStrength #MADANI
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now