HARIA PENANG HARIA! 300+ HADIR. SELEPAS TENGAH MALAM, AHLI MASIH MAHU JAWAPAN.
Lebih 300 ahli memenuhi JELAJAH NUBE: HARIA PENANG HARIA! malam tadi.
Bro Abdul Jamil Haji Jalaludeen membuka sesi, diikuti anggota Jawatankuasa Tetap rundingan CA20, Bro Thiagarajan, Bro Mohd Faisal Husin, Bro Michael, Sis A. Karuna dan Bro J. Solomon, yang berkongsi perkembangan perjuangan dan rundingan bersama ahli.
Tetapi cerita sebenar malam tadi ialah ahli kita sendiri.
Selepas sesi penerangan, soalan datang satu demi satu. Ahli mahu tahu. Mahu penjelasan. Mahu jawapan.
Selepas jam 12 tengah malam, mereka masih bersama NUBE.
KL begitu. Seremban begitu. Kini Penang juga begitu.
Ini bukan sekadar kehadiran. Ahli semakin sedar, semakin bersuara dan semakin bersedia.
Dan malam tadi, satu lagi langkah bermula.
Ahli menerima lencana BANK TIPU KITA untuk dipakai di tempat kerja. Mereka juga digalakkan memakainya ketika waktu makan tengah hari supaya masyarakat mula melihat, bertanya dan memahami apa yang sedang dihadapi pekerja bank.
Ini bukan sekadar lencana. Ini mesej kita.
Hak kita sudah terlalu lama tertangguh. Keadilan sudah terlalu lama dinantikan.
Sekarang, perjuangan ini mesti semakin KELIHATAN.
BANK TIPU KITA!
Malam tadi Penang. Hari ini Perak. Perjalanan diteruskan.
Satu negeri demi satu negeri. Satu suara demi satu suara. Kekuatan pekerja sedang dibina.
Ketahui. Bersatu. Bersuara.
Perpaduan adalah Kekuatan. Kekuatan adalah Kemenangan.
One For All. All For One.
#BankTipuKita #JelajahNUBE #HariaPenangHaria #NUBE #NUBEPKP #CA20 #HakPekerja #SuaraPekerja #MaruahPekerja #KeadilanPekerja #SolidaritiPekerja #PerpaduanPekerja #PekerjaBank #WorkersRights #WorkersVoice #WorkersDignity #WorkersJustice #BankWorkers #WorkerSolidarity #UnionStrong #StrongerTogether #UnityIsStrengt
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now