14 Sep 2026

BERITA NUBE

 

MERIAH SAMBUTAN KEMERDEKAAN NUBE-SMJ DI MELAKA!

Semangat Merdeka terus diraikan oleh keluarga besar NUBE! 

Pada 11 September 2026, seramai 83 ahli NUBE bersama pasangan dan anak-anak berkumpul di Pejabat NUBE Cawangan SMJ, Melaka bagi meraikan Majlis Sambutan Kemerdekaan NUBE-SMJ. 

Majlis dimulakan dengan nyanyian Negaraku, Lagu Negeri Melaka dan lagu-lagu kemerdekaan , diikuti bacaan doa oleh Bro. Kamarudin bin Bujang.

Bendahari Kehormat NUBE, Bro. Anor, kemudiannya menyampaikan amanat dan kata-kata semangat kepada ahli yang hadir.

Sambutan diteruskan dengan jamuan makan malam dalam suasana penuh kemeriahan, kekeluargaan dan kebersamaan.

Inilah kekuatan NUBE. Kita bukan sahaja bersatu dalam memperjuangkan hak dan maruah pekerja, tetapi turut membina sebuah keluarga kesatuan yang kukuh dan saling menyokong.

Semangat Merdeka. Semangat perpaduan. Semangat NUBE.

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! 

Unity is Strength. Strength is Victory.

#NUBE #NUBESMJ #Merdeka69 #HariKebangsaan69 #SemangatMerdeka #KeluargaNUBE #KesatuanKita #SolidaritiPekerja #MaruahPekerja #NationalDay69 #MerdekaSpirit #NUBEFamily #UnionFamily #WorkerSolidarity #WorkersUnited #UnityIsStrength #StrengthIsVictory

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at nube_hq@nube.org.my