“TAPI KAMI TETAP MELAYAN MEREKA SEBAIK MUNGKIN”
Bro Mohd Rozi Bin Ismail, ahli NUBE SMJ dari Maybank, tahu apa ertinya berada di barisan hadapan.
Dari bank dibuka pada 9.30 pagi sehingga ditutup, pekerja berhadapan dengan pelbagai kerenah pelanggan. Ada kalanya dimarahi. Ada kalanya dicaci.
Tetapi mereka tetap melayan pelanggan sebaik mungkin, dengan etika dan ikhlas menjalankan tugas.
Dan di sebalik semua itu, Rozi mengingatkan kita tentang satu hakikat:
“Kami juga sememangnya menjana keuntungan kepada bank. Tiap-tiap tahun berbilion tanpa gagal.”
Pekerja terus datang bekerja.
Pekerja terus melayani pelanggan.
Pekerja terus menjalankan tugas secara profesional.
Pekerja terus membantu menjana keuntungan berbilion.
Jadi persoalan Rozi kepada MCBA cukup mudah:
Bila kita hendak berjumpa dan menandatangani Perjanjian Kolektif ini?
Pekerja sudah menjalankan tanggungjawab mereka. Sekarang tunaikan tanggungjawab kepada pekerja.
Tonton video Bro Mohd Rozi Bin Ismail:
https://www.facebook.com/reel/1466298818668720
BANK TIPU KITA!
Ketahui. Bersatu. Bersuara.
Perpaduan adalah Kekuatan. Kekuatan adalah Kemenangan.
#BankTipuKita #PekerjaCiptaNilai #NUBE #NUBESMJ #Maybank #SuaraPekerja #PekerjaBank #PekerjaBarisanHadapan #CA20 #GajiAdil #HakPekerja #KeadilanPekerja #MaruahPekerja #WorkersCreateValue #WorkersVoice #BankWorkers #FrontlineWorkers #CollectiveAgreement #FairWages #WorkersRights #WorkersJustice #WorkersDignity #WorkerSolidarity #UnionStrong #UnityIsStrength
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now