25 Sep 2026

BERITA NUBE

 

JENAYAH TERANCANG OLEH GLC MAYBANK

Mari kita teliti bagaimana Maybank, di bawah kepimpinan Datuk Khairussaleh yang juga Pengerusi Persatuan Bank-Bank Malaysia (ABM), memanipulasi ketua pegawai eksekutif 16 bank sehingga mereka gagal mempertahankan kebajikan pekerja masing-masing.

Datuk Khairussaleh tidak senang dengan kejayaan NUBE memeterai Perjanjian Kolektif (CA) ke-19 dan memperoleh Bantuan Perayaan (FA) bersamaan sebulan gaji pada tahun 2023. Beliau tidak berinteraksi dengan pekerja dan meninggalkan majlis selepas perjanjian ditandatangani tanpa menyertai makan malam.

Selepas itu, beliau mula merancang tindakan terhadap NUBE. Pada tahun 2023, ketika Maybank memegang jawatan Presiden Persatuan Bank-Bank Perdagangan Malaysia (MCBA), Pengarah Eksekutif MCBA ketika itu terpaksa meletakkan jawatan dan digantikan oleh bekas Ketua Perhubungan Perusahaan dan Tadbir Urus Kumpulan Maybank yang telah bersara.

Maybank pinjam seorang pekerja sebagai Penasihat Khas kepada Menteri KESUMA yang baharu, YB Steven Sim, pada Disember 2023 dan beliau masih kakitangan Maybank sehingga sekarang. Pekerja tersebut adalah bekas pegawai NUBE yang pernah berdepan tindakan tatatertib. Apabila beliau memohon sokongan NUBE untuk meletakkan jawatan tanpa prosiding lanjut, NUBE bersimpati dan menyokong permohonannya.

Sejak penempatan itu, aduan NUBE mengenai kegiatan antikesatuan oleh Maybank dan bank-bank lain tidak ditangani dengan sewajarnya. Walaupun Sim telah meninggalkan kementerian, pegawai kanan KESUMA masih diskriminasi aduan-aduan NUBE.

Dana pemegang saham telah digunakan untuk mendapatkan khidmat peguam cabar NUBE sementara penyelesaian CA ke-20 dan FA terus tertangguh. Akibatnya, 15,000 pekerja bank golongan B40 dan M40 masih belum menerima pelarasan gaji serta FA bersamaan sebulan gaji sejak 2024.

Inilah gambaran ringkas tentang komplot yang bercita-cita besar Datuk Khairussaleh.  Kempen lencana BANK TIPU PEKERJA membuat Khairussaleh dan kroninya gementar. Sebab itulah mereka bertindak terdesak dengan mengeluarkan ugutan dan mengambil tindakan melulu yang tidak akan dilakukan oleh orang yang berfikiran waras.

Kami bangga dengan ahli-ahli NUBE yang tetap teguh walaupun berdepan ancaman daripada empat bank tersebut. Kami akan meneruskan kempen yang sah untuk CA dan FA. Jika anda telah menanggalkan lencana, pakailah semula.

Apabila tunggakan dibayar kelak, anda akan dapat berkata bahawa anda turut berjuang untuk memperolehnya, dan bukannya menerimanya dengan rasa malu seperti mereka yang bukan ahli NUBE.

Pakailah lencana itu dengan bangga, supaya anda dapat berkata dengan penuh bangga: “Saya berdiri bersama rakan-rakan sekerja dan turut berjuang untuk mencapai kemenangan ini.”

 

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at nube_hq@nube.org.my