43 SURAT, TIADA PENYELESAIAN: ADAKAH BANK2 GLC RAKSASA MAFIA KORPORAT?
Sejak Januari 2024, NUBE telah berusaha menghubungi YAB Perdana Menteri berhubung layanan tidak adil bank-bank berkaitan kerajaan (GLC) terhadap pekerja bank berpendapatan rendah.
Walaupun NUBE telah menghantar 43 surat kepada YAB Perdana Menteri sejak 2024 , kami masih belum menerima jawapan yang memuaskan atau melihat penyelesaian kepada isu-isu yang dibangkitkan. Isu-isu ini berada dalam bidang tanggungjawab beliau sebagai Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan.
Bank2 GLC Maybank, CIMB dan Affin Bank, bersama Hong Leong Bank, terus menjalankan kegiatan antikesatuan terhadap NUBE tanpa dikenakan tindakan. KESUMA dan pihak berkuasa membiarkan bank-bank ini terus membuli dan menindas pekerja B40 dan M40 , walaupun terdapat undang-undang yang melindungi hak pekerja.
Keadaan ini bertentangan dengan seruan PMX agar GLC yang meraih keuntungan besar menjaga kebajikan pekerja dan berkongsi kemakmuran secara adil dengan mereka. Namun, terdapat jurang yang serius antara komitmen yang diumumkan dengan pengalaman sebenar pekerja.
Menurut laporan pada 26.9.2026, YAB Perdana Menteri sekali lagi menegaskan bahawa GLC perlu memastikan pekerja turut menerima bonus sebagaimana CEO . Namun, prinsip ini setakat ini hanya tinggal dalam ucapan kerana tidak dilaksanakan dalam amalan. Bank-bank GLC terus mengingkari seruan PMX selaku Menteri Kewangan.
Kami tidak pasti siapa sebenarnya yang memperdaya siapa . Oleh itu, NUBE akan hadir ke Pejabat PMX pada 3.10.2026 untuk mendapatkan jawapan secara langsung:
Mengapa bank-bank berkaitan GLC berulang kali mengingkari dasar dan komitmen Perdana Menteri terhadap kebajikan pekerja, pengagihan kekayaan yang adil serta hak pekerja? Dan siapa yang membiarkan mereka terlepas tanpa tindakan?
Perkara ini bukan hanya melibatkan NUBE. Ia menyentuh persoalan sama ada pekerja di Malaysia dilayan dengan bermaruah , sama ada majikan dan pihak berkuasa menghormati kedaulatan undang-undang , dan sama ada kekayaan yang dihasilkan oleh pekerja dikongsi secara adil.
Jom Semua ahli NUBE. Sertai dan berdirilah bersama pekerja demi keadilan, maruah dan hak pekerja pada 3.10.2026, jam 10.00 pagi di depan pejabat PMX .
BANK TIPU KITA!
PEKERJA MENANG APABILA SETIAP AHLI BERSATU.
#NUBE #BANKTIPUKITA #KerajaanPunTipuKita #RaksasaMafiaKorporat #HakPekerja #PekerjaBank #SuaraPekerja #KesatuanSekerja #3Oktober #Putrajaya #WorkersRights #BankWorkers #TradeUnionRights #WorkersVoice #CorporateMafia #UnityIsStrength #WorkersUnited Maybank CIMB Malaysia AffinMy Hong Leong Bank Anwar Ibrahim
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now