26 KES. 24 BELUM SELESAI. INI DATA KESUMA SENDIRI KEPADA ILO.
Pagi tadi, Bro Saiful Alam Rahman bertanya:
“Kenapa pihak berkuasa berdiam diri?”
Sekarang lihat rekod rasmi.
Dalam laporan Technical Advisory Mission (TAM) ILO, KESUMA sendiri memaklumkan bahawa pada 2025 terdapat 26 aduan di bawah Seksyen 39 dan 59 Akta Perhubungan Perusahaan, berkaitan intimidasi dalam pertikaian perusahaan dan tindakan balas terhadap pekerja kerana menjalankan hak kesatuan sekerja. Peningkatan itu, menurut laporan, sebahagian besarnya didorong oleh aduan NUBE.
16 daripada 17 kes di bawah Seksyen 39 belum selesai.
8 daripada 9 kes di bawah Seksyen 59 belum selesai.
24 DARIPADA 26 KES MASIH BELUM SELESAI.
Ini bukan angka NUBE kepada ILO. Ini angka yang KESUMA sendiri berikan kepada misi ILO.
Malah, TAM meminta maklumat lanjut tentang kes yang belum selesai, termasuk berapa yang dirujuk ke mahkamah, berapa yang tidak, dan apakah hasil sebenar kes yang telah diselesaikan.
Ada rekod. Ada angka. Dan masih ada persoalan yang menuntut jawapan.
24 DARIPADA 26 MASIH BELUM SELESAI. SAMPAI BILA PEKERJA PERLU MENUNGGU?
BANK TIPU KITA!
Hak pekerja mesti dihormati. Hak kesatuan mesti dilindungi.
Unity is Strength. Strength is Victory.
#NUBE #BANKTIPUKITA #HakPekerja #HakKesatuan #SuaraPekerja #PekerjaBank #KeadilanPekerja #KesatuanSekerja #ILO #KESUMA #WorkersRights #TradeUnionRights #BankWorkers #WorkersVoice #WorkerJustice #UnionRights #WorkerSolidarity #UnityIsStrength #KESUMA Anwar Ibrahim
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now