BANK KATA ADA POLISI KESELAMATAN. TAPI BILA PEKERJA REBAH, ADAKAH SISTEM ITU BENAR-BENAR BERFUNGSI?
Bank boleh mempunyai polisi OSH, prosedur kecemasan dan manual keselamatan.
Tetapi bagi NUBE, ukuran sebenar ialah apa yang berlaku apabila seorang pekerja benar-benar memerlukan sistem itu.
Pada 8 Mei 2025, selepas lebih 30 tahun berkhidmat dengan CIMB, Mohd Zake bin Mohd Said, 51 tahun, rebah ketika bertugas dan tidak pulang kepada keluarganya. Kejadian itu menimbulkan persoalan serius tentang kesiapsiagaan kecemasan di tempat kerjanya.
Menurut dokumen NUBE, ketika kejadian tiada Penyelaras OSH yang ditetapkan, tiada first aider terlatih di lokasi, tiada AED dan tiada pelan tindak balas kecemasan yang mencukupi.
Namun NUBE difahamkan bahawa siasatan DOSH mendapati pematuhan OSH CIMB tidak bermasalah.
Jadi NUBE bertanya: kalau semuanya patuh, apa sebenarnya yang berlaku ketika Zake rebah?
Undang-undang OSH menetapkan bahawa tempat kerja dengan lima atau lebih pekerja, jika tidak diwajibkan mempunyai Safety and Health Officer, perlu melantik seorang pekerja sebagai Penyelaras Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.
Jika semuanya mematuhi keperluan OSH, siapa yang terlatih dan apakah prosedur kecemasan ketika Zake rebah? Pekerja dan keluarganya berhak mendapat jawapan.
Inilah salah satu sebab ahli NUBE memakai lencana BANK TIPU KITA.
Bagi pekerja, keselamatan bukan sekadar polisi di atas kertas. Dan persoalan ini tidak berhenti di CIMB, sebuah bank yang pemegang saham terbesarnya ialah Khazanah Nasional.
YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, NUBE mahu Kerajaan memastikan institusi berkaitan pelaburan Kerajaan bukan sahaja bercakap tentang keselamatan dan kebajikan pekerja, tetapi memastikan ia benar-benar berlaku di tempat kerja.
Zake meninggalkan seorang isteri dan tiga anak. NUBE tidak mahu keluarga pekerja lain melalui perkara yang sama.
TINGGAL 3 HARI.
3 OKTOBER 2026. PUTRAJAYA.
BANK TIPU KITA!
Perpaduan adalah Kekuatan. Kekuatan adalah Kemenangan.
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now