18 Oct 2026

BERITA NUBE

 

SOLIDARITI TANPA SEMPADAN!

NUBE MALAYSIA BERSAMA KSPSI DI JOMBANG, INDONESIA

JOMBANG, 15 hingga 17 OKTOBER 2026

Semangat solidariti serantau dalam kalangan kaum pekerja terus diperkukuh! 

Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank (NUBE) Malaysia berbangga dapat bersama Konfederasi Serikat Pekerja Seluruh Indonesia (KSPSI) dalam majlis perasmian program Desk Ketenagakerjaan di Polres Jombang, Jawa Timur, Indonesia, yang berlangsung dari 15 hingga 17 Oktober 2026.

SOLIDARITI PEKERJA ASEAN

Lebih bermakna, program ini turut disertai oleh rakan-rakan seperjuangan dari negara ASEAN:

Bro Somboon Subsarn, wakil Thai Trade Union Congress (TTUC).

Mr. Bunsan Seang, Setiausaha Agung Cambodia Confederate Trade Union (CCTU).

Delegasi NUBE Malaysia pula diwakili oleh:

Bro Zainul Ahamad Mydin, Exco NUBE Malaysia merangkap Naib Pengerusi NUBE PKP.

Bro Mohd. Ariff Jafaar, AJK NUBE Perak.

Program ini dianjurkan oleh KSPSI di bawah kepimpinan Andi Gani Nena Wea, S.H., M.H., Presiden KSPSI, Penasihat KAPOLRI dan Presiden ASEANTUC, dengan kerjasama Kepolisian Negara Republik Indonesia (Polri).

KERJASAMA DEMI KEADILAN PEKERJA

Inisiatif penubuhan Desk Ketenagakerjaan memperlihatkan bagaimana kerjasama antara kesatuan sekerja dan agensi penguatkuasaan undang-undang dapat memperkukuh akses pekerja kepada bantuan serta membantu menyelesaikan pertikaian perburuhan secara lebih adil dan telus.

Kehadiran wakil kesatuan sekerja dari Malaysia , Thailand , Kemboja  dan Indonesia  turut mencerminkan kekuatan solidariti serantau melalui ASEANTUC.

PERJUANGAN PEKERJA TIDAK MENGENAL SEMPADAN!

Perjuangan mempertahankan hak pekerja, menuntut keadilan dan memperkukuh perlindungan sosial bukan hanya tanggungjawab sebuah negara. Ia merupakan perjuangan bersama seluruh kaum pekerja.

Terus kukuhkan saf solidariti! Bersama kita pertahankan hak, kebajikan dan maruah pekerja!

UNITY IS STRENGTH. STRENGTH IS VICTORY. 

#NUBE #KSPSI #ASEANTUC #SolidaritiTanpaSempadan #SolidaritiPekerja #KesatuanSekerja #HakPekerja #PerjuanganPekerja #SolidarityWithoutBorders #WorkersSolidarity #TradeUnionSolidarity #WorkersRights #LabourRights #ASEANSolidarity #UnityIsStrength

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at nube_hq@nube.org.my