KEBERANIAN NUBERIANS MAYBANK NIBONG TEBAL TERUS MENYALAKAN SEMANGAT PERJUANGAN!
NIBONG TEBAL, PULAU PINANG
Pengerusi NUBE Pulau Pinang, Kedah dan Perlis (PKP) merangkap Timbalan Presiden NUBE, Sdr. Abdul Jamil Haji Jalaludeen, bersama Naib Pengerusi Sdr. Zainul, serta Sdr. Zaini, Sdr. Karthigasan dan Sdr. Arujunan, telah menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) NUBE di Maybank Nibong Tebal.
Dalam ucapannya, Sdr. Abdul Jamil menyeru seluruh NUBERIANS agar terus cekal, berani dan memperkukuh solidariti dalam menghadapi cabaran perjuangan. Beliau turut memuji keberanian dan keteguhan ahli Maybank Nibong Tebal yang terus berdiri bersama NUBE dalam mempertahankan hak serta maruah pekerja.
Lawatan ini turut membuka ruang dialog bersama wakil Industrial Relations Committee (IRC) dan ahli-ahli untuk mendengar permasalahan di tempat kerja, memberikan nasihat serta membincangkan langkah penyelesaian yang sewajarnya.
Wakil IRC dan ahli-ahli turut menyatakan penghargaan atas kehadiran kepimpinan NUBE PKP yang turun padang untuk mendengar sendiri suara dan keluhan mereka.
Perjuangan ini bukan sekadar menuntut hak, tetapi mempertahankan maruah pekerja! Selagi ahli terus bersatu, tiada tekanan mampu mematahkan semangat perjuangan kita.
TERUS CEKAL! RAPATKAN SAF! TERUSKAN PERJUANGAN!
#NUBE #NUBEPKP #MaybankNibongTebal #PulauPinang #MesyuaratAgungTahunan #HakPekerja #MaruahPekerja #SolidaritiPekerja #TerusBerjuang #RapatkanSaf #KesatuanSekerja #WorkersRights #WorkersDignity #TradeUnionSolidarity #WorkersUnity #StandTogether #UnityIsStrength
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now