PENYUMBERAN LUAR (OUTSOURCING): KECEKAPAN KORPORAT ATAU KEUNTUNGAN DENGAN MENGORBANKAN HAK PEKERJA?
Bengaluru, India | 23 November 2026
Pada hari kedua Persidangan Kebangsaan AITUC Ke-43, delegasi NUBE Malaysia mengikuti pembentangan resolusi “Resolution against Contractorisation, Casualisation and Outsourcing”, yang membangkitkan isu penyumberan luar (outsourcing), suatu amalan yang turut berlaku dalam industri perbankan Malaysia.
Penyumberan luar sering diwar-warkan sebagai strategi korporat untuk meningkatkan kecekapan operasi (operational efficiency) dan menjimatkan kos.
Namun, benarkah korporat semakin cekap, atau sebenarnya semakin untung kerana kos gaji, elaun, faedah kebajikan dan perlindungan pekerja dikurangkan?
CONTOH ILUSTRASI MUDAH:
• Kos gaji dan faedah pekerja tetap: RM5,000 sebulan
• Kos fungsi yang sama selepas disumberluarkan: RM3,500 sebulan
• Penjimatan korporat: RM1,500 (30%)
Jika kerja, produktiviti dan hasilnya masih sama, di manakah peningkatan kecekapan operasi yang dibanggakan?
Yang berkurang hanyalah kos pekerja!
Jangan berlindung di sebalik istilah “kecekapan korporat” jika penjimatan sebenarnya diperoleh melalui pengurangan ganjaran dan perlindungan pekerja.
Pekerja yang selama puluhan tahun menyumbang kepada keuntungan institusi tidak seharusnya menjadi sasaran pengurangan kos demi meningkatkan keuntungan korporat.
Pekerja bukan beban kos untuk dikorbankan demi mencantikkan angka keuntungan, tetapi tenaga yang mencipta nilai dan membina kejayaan bersama.
KECEKAPAN SEBENAR MENCIPTA NILAI, BUKAN MENGORBANKAN HAK PEKERJA!
#NUBE #NUBEMalaysia #AITUC #AITUC43 #PenyumberanLuar #HakPekerja #MaruahPekerja #KeadilanPekerja #JaminanPekerjaan #PerlindunganPekerja #KebajikanPekerja #SolidaritiPekerja #SolidaritiAntarabangsa #TanggungjawabKorporat #Outsourcing #Contractorisation #Casualisation #WorkersRights #WorkersDignity #JobSecurity #WorkersProtection #FairWages #CorporateAccountability #TradeUnionSolidarity #InternationalSolidarity #DecentWork
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now