03 Jul 2021

BERITA NUBE

 

Nube sekali lagi gesa segerakan vaksinasi kepada pekerja bank

Pekerja sektor itu adalah kumpulan yang terdedah dengan risiko jangkitan, kata setiausaha agungnya J Solomon.

Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank (Nube) hari ini sekali lagi menggesa kerajaan mempercepatkan suntikan vaksin bagi pekerja sektor perbankan.

Setiausaha agungnya J Solomon berkata, pekerja sektor itu kumpulan yang terdedah dengan risiko jangkitan Covid-19 yang kini dilihat kian meningkat.

Katanya, sementara pelaksanaan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) di kawasan di Selangor dan Kuala Lumpur dapat mengawal penularan, apa yang juga penting adalah meningkatkan kadar vaksinasi dalam sektor perhidmatan penting.

"Nube terkilan kerana sehingga kini, pekerja perkhidmatan perbankan belum disenaraikan sebagai kumpulan sasaran barisan depan dalam mendapatkan suntikan vaksin meskipun beberapa permohonan bagi tujuan tersebut telah dikemukakan sejak Mac lalu.

"Kami berharap pekerja perbankan juga diberi keutamaan dan proses vaksinasi akan dipercepatkan supaya kita sama-sama boleh memainkan peranan kritikal dalam meningkatkan kawalan terhadap penularan Covid-19," katanya dalam kenyataan hari ini.

Dia berkata Persatuan Bank-bank Komersial Malaysia (MCBA) juga telah menulis surat kepada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) berhubung perkara itu pada pertengahan Mac lalu.

Solomon berkata lagi, selain pematuhan terhadap prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan, pemberian vaksin secara menyeluruh dengan kadar cepat juga sangat penting dalam menangani penularan Covid-19.

"Nube amat berharap kerajaan akan memberi pertimbangan ke atas keperluan ini, sekali gus memastikan setiap pekerja barisan hadapan diberi suntikan vaksin dalam kadar yang segera," katanya lagi.

Kerajaan semalam memutuskan untuk melaksanakan PKPD di mukim-mukim di Selangor dan beberapa lokaliti di Kuala Lumpur selama 14 hari bermula 3 hingga 16 Julai.

Selain sejumlah larangan yang ditetapkan, pemberian vaksin juga akan dipergiatkan di kawasan yang terlibat.

 

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at nube_hq@nube.org.my