BERITA RINGKAS RANTAU ASIA (20 JULAI 2021)
1. Pelabur diingatkan bahawa pandemik Covid-19 masih belum berlalu dan mereka kelihatan kecewa dengan situasi itu. Niaga hadapan Asia kelihatan suram apabila harga saham AS merosot akibat peningkatan kebimbangan mengenai kenaikan jangkitan yang akan menghambat pemulihan ekonomi global serta ketegangan antara AS dan China yang semakin meningkat.
Gabungan tekanan harga dan kadar jangkitan yang melambung tinggi meningkatkan risiko gagal dan berhadapan dengan prestasi buruk.
2. Menteri Kesihatan Singapura telah menasihati rakyat negara itu agar bersiap sedia untuk menyesuaikan diri dengan polisi, bahkan mengambil tindakan tegas bagi menghadapi peningkatan tidak dijangka sebanyak 163 kes Covid-19 berbanding minggu lalu.
3. Indonesia mempunyai rekod tertinggi kematian kerana COVID-19 sebanyak 1,338 kes pada hari Isnin, 19 Julai 2021 sehari sebelum Hari Raya Haji.
4. China dijangka akan terus berada pada penanda aras kadar utama pinjamannya meskipun setelah melaksanakan kejutan perunanan jumlah wang yang perlu dimiliki oleh bank sebagai simpanan.
AS, UK dan sekutu secara rasmi mengaitkan peretasan Microsoft Exchange kepada pelaku-pelaku yang berafiliasi dengan kerajaan China. Beijing dituduh mendalangi sejumlah serangan godaman, pencurian data dan pengintipan siber terhadap entiti awam dan swasta.
5. Apakah itu skandal Pegasus? ‘Spyware ultimate’ adalah perisian berniat jahat yang dihasilkan oleh syarikat Israel NSO Group, dipercayai telah digunakan untuk memantau dan mengintip secara rahsia sejumlah besar tokoh masyarakat di India.
Parti pembangkang Kongres Nasional India mendakwa kerajaan pimpinan Modi menyasarkan saingan politik beliau, Rahul Gandhi dengan menggunakan perisian NSO, tetapi dinafikan oleh BJP.
6. Lebih ramai rakyat Jepun termasuk NTT, Fujitsu dan NEC memutuskan untuk tidak menghantar eksekutif mereka menyertai majlis pembukaan Olimpik di tengah-tengah Covid 19. Ini akan menjadi Olimpik yang diadakan tanpa penonton tetapi kemungkinan sekarang kita dapat mengikuti sukan terbesar ini secara visual.
7. AS telah memberi amaran kepada warganegaranya agar tidak melakukan perjalanan ke Indonesia dan menurunkan nasihat membabitkan India. Singapura mengenakan kembali langkah lebih ketat sementara separuh dari Australia kembali mengenakan semula sekatan. Sementara Apple pula menangguhkan pekerjanya kembali ke pejabat.
Likes Comments
To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now