Pertemuan ahli dari RHB Bank Perak
Pada 9 September 2021, NUBE Ipoh mengatur satu pertemuan dalam talian dengan ahli-ahli RHB Bank dari Perak.
Pegawai Kesatuan dari NUBE Cawangan Ipoh bersama ahli-ahli dari RHB Bank di Perak yang berjumlah 52 orang merintis perjumpaan dalam talian yang pertama.
Dalam perjumpaan tersebut, para ahli diberi pencerahan dengan isu-isu terkini yang dihadapi oleh ahli seperti tindakan yangdi ambil oleh bank untuk menangani pandamik Covid 19, 'kerja dari rumah' dan diikuti dengan sesi dialog dengan Pegawai-pegawai Kesatuan.
Semua ahli gembira dan mengucapkan terima kasih kepada Pegawai-pegawai Kesatuan kerana mengadakan pertemuan yang bermanfaat.
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now