03 Oct 2021

BERITA NASIONAL

 

NUBE terima tawaran mediasi UK NCP

KUALA LUMPUR – Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (NUBE) Malaysia menerima mediasi yang ditawarkan oleh UK National Contact Point (UK NCP) dalam usaha menyelesaikan aduan yang difailkan terhadap HSBC Bank Malaysia Berhad.

“Mediasi ini bertujuan menyelesaikan aduan melalui persetujuan bersama dan perbincangan antara pihak-pihak terbabit. Ini adalah terma rujukan UK NCP,” kata
Setiausaha Agung NUBE, J Solomon.

Beliau berkata, keputusan menerimanya dibuat berdasarkan aduan yang difailkan oleh NUBE dan UNI Global Union terhadap HSBC Bank Malaysia Berhad.

Pada 21 September 2021, UK NCP telah menulis surat kepada NUBE dan HSBC Bank Malaysia Berhad untuk membuat tawaran mediasi yang berada dalam proses UK NCP.

UK NCP vmemutuskan untuk menerima beberapa aduan yang difailkan oleh NUBE
dan UNI Global Union terhadap HSBC Bank Malaysia Berhad sebagai sah, dan aduan
tersebut akan diteruskan untuk tujuan mediasi.

Objektif mediasi adalah untuk pihak-pihak terbabit mencapai kata sepakat bagi mengatasi dan menyelesaikan aduan yang diterima oleh UK NCP.

Sehubungan itu, NUBE telah menerima tawaran mediasi untuk melihat resolusi demi kepentingan terbaik ahli NUBE.

Mediasi UK NCP disediakan oleh pengantara profesional luaran yang dibayar oleh UK NCP.

 
 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at nube_hq@nube.org.my