30 Aug 2022

BERITA NASIONAL

 

DATUK HALIM MANSOR: 26

KUALA LUMPUR, 30 Ogos: Mantan Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Datuk Abdul Halim Mansor berkata, negara kekurangan kepimpinan yang berani dalam memperjuangkan hak dan kepentingan secara berterusan.

"Kekurangan kepimpinan yang berani... ini kekurangan yang kita lihat selepas 65 tahun negara merdeka," kata beliau pada Persidangan NUBE ke-3, 2022 hari ini.

Selaku penceramah terakhir persidangan kali ini, Datuk Halim berkata, perjuangan kesatuan sekerja tidak pernah dan tidak akan berakhir dalam membawa penambahbaikan berterusan untuk warga pekerja.

"Oleh itu kita memerlukan kepimpinan yang berani dan bersemangat tinggi untuk meneruskan perjuangan di sebalik pembangunan negara," kata beliau.

"Sebagai seorang pemimpin, sebelum kita berjuang kita kena tahu sejarah... mengapa MTUC ditubuhkan, kesatuan ditubuhkan... supaya semua kesatuan dapat bergabung dan meneruskan perjuangan," kata beliau.

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at nube_hq@nube.org.my