23 Sep 2022

BERITA NASIONAL

 

LAWATAN KERJA ZON 2 , GURUN, KEDAH DARUL AMAN

Gurun Kedah, 21 September 2022 - 4 orang Pegawai NUBE NR PKP yang diwakili oleh Ketua Zon Sdri Siti Haryati dan Sdri Suhaili bersama Ahli Jawatankuasa Kerja Sdri Nurul Huda dan Sdra Elias telah membuat lawatan kerja di beberapa buah cawangan bank sekitar Gurun dan Guar Chempedak, Kedah.

Antara cawangan yang dikunjungi di Gurun ialah Public Bank dan Maybank  manakala CIMB Bank dan Bank Islam di Guar Chempedak.

Selain beramah mesra, tujuan lawatan ini juga adalah bagi mengetahui dan mendapatkan perkongsian maklumat mengenai perbankan serta sebarang permasalahan dari ahli - ahli NUBE. 

Ahli - ahli juga dimaklumkan dan disarankan mengambil bahagian dalam Kursus dan Seminar anjuran NUBE yang bakal diadakan pada bulan November 2022 nanti.

Semoga dengan hasil lawatan ini diharap dapat mengeratkan lagi perpaduan dan memperkuatkan solidariti ahli-ahli NUBE terhadap kesatuan NUBE khususnya dari Northern Region PKP.

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at nube_hq@nube.org.my