28 Sep 2022

 

 

Pulau Pinang, 23 Sept

Pulau Pinang, 23 Sept: Dalam siri terkini bagi memperkukuhkan ikatan  bersama ahli-ahli Kesatuan, kepimpinan NUBE Cawangan Penang, Kedah Dan Perlis (NUBE NR PKP) telah mengadakan pertemuan dengan ahli-ahli di  Maybank , Cawangan Simpang Ampat. 

Sempena kunjungan itu pada 23 September 2022,  Sdr Karthigasan Nadarajan, Ahli Jawatankuasa Cawangan bersama Sdr Mohamad Rizal Othman yang juga Ahli Jawatankuasa Cawangan  telah memberi penjelasan berhubung perkembangan semasa dan berbincang tentang perkara-perkara yang dibangkitkan oleh ahli. 

Para ahli juga telah diberi nasihat dan galakan mengenai kepentingan mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti anjuran NUBE dari semasa ke semasa. 

Kunjungan kali ini berjaya mengeratkan hubungan antara ahli-ahli dan Kesatuan, dan percaya solidariti ahli dapat dimantapkan lagi. 

Bagi menjalin hubungan harmoni, kepimpinan NUBE juga mengadakan pertemuan dengan Pengurus Cawangan, Pn Nurulhuda  Mohammad.

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at nube_hq@nube.org.my