27 Sep 2022

 

 

TAHNIAH kepada Seminar Advance NUBE KLSP, Batch 2022

“Setiap orang boleh belajar apa sahaja yang dia mahu, TETAPI tidak ada seorang pun boleh mengajar kecuali kepada mereka yang ingin belajar."

Petikan oleh Henry Ford ini adalah Ucapan Perasmian Setiausaha Agung NUBE, Sdra J Solomon di seminar pendahuluan NUBE KLSP pada 24 September 2022.

Solomon memaklumkan  kepada para peserta bahawa NUBE banyak melabur untuk latihan dengan objektif mendekati seramai ahli yang boleh untuk mewujudkan kesedaran tentang kepentingan mengetahui hak mereka dan menggunakan hak tersebut dengan betul.

Solomon turut menekankan kepentingan disiplin di tempat kerja yang secara langsung akan membina sahsiah yang mempunyai disiplin yang tinggi dalam kehidupan.

Ini akan menerapkan nilai yang baik termasuk keinginan terhadap pembelajaran sepanjang hayat.  Keinginan ini sebaliknya akan menyalakan hajat untuk mempelajari fungsi pekerjaan baharu di tempat kerja dan kemahiran untuk pembangunan peribadi dalam landskap yang sentiasa berubah.

Para peserta NUBE KLSP Advance Seminar menghayati kata-kata Solomon dan membangkitkan banyak persoalan menarik semasa sesi dialog bersama Solomon.

Dialog seperti ini menarik dan saya gembira dapat berinteraksi dengan ahli kata Solomon.

Peserta menerima Sijil Pencapaian kerana berazam untuk menyempurnakan semua modul latihan peringkat cawangan NUBE KLSP dengan jayanya.

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at nube_hq@nube.org.my