01 Oct 2022

BERITA NUBE

 

NUBE DI BUMI JAKARTA, NUBE - BCA SYARIAH 

Jakarta 30 September 2022 - Delegasi NUBE yang diketuai oleh Setiausaha Agung Bro J Solomon dan Timbalan Presiden NUBE Abdul Jamil Haji Jalaludeen telah menerima jemputan kehormat dari Bank Central Asia Syariah (BCA) hari ini. Setiausaha Agung Bro J Solomon telah disambut baik oleh Kepala Kesatuan Kerja itu sendiri Bapak Retno Wulandari dari BCA Syariah. Lawatan kerjasama antara NUBE bersama BCA ini telah termeterai dan di bawa khas oleh Tokoh kesatuan dari Indonesia dan juga merupakan sahabat baik NUBE yang disegani Tuan Haji Idris Palar Timbalan presidan
Foreign Affairs & Migrants Union

Di antara intipati perjumpaan bersama di antara Majikan , Kesatuan dan NUBE ini telah membincangkan serta berkongsi pendapat tentang isu-isu berkenaan dengan cabaran teknologi  Perbankan yang hampir sama yang sedang berlaku di negara Malaysia.

Lawatan dan perjumpaan bersama Union BCA  seperti ini amat bermanfaat bagi NUBE disamping dapat mengukuhkan lagi semangat solidariti di antara dua Union yang membawa erti perjuangan yang sama. Di penghujung perjumpaan yang baik ini kedua-dua ketua delegasi antara union telah bertukar cenderahati sebagai tanda keukhwahan dan persahabatan yang terjalin baik dan akan sentiasa berkongsi pendapat dan keharmonian bersama.

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at nube_hq@nube.org.my