08 Oct 2022

BERITA NUBE

 

SESI DIALOG & LAWATAN KERJA ZON 4, SUNGAI BAKAP

4.10.2022, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang - Lawatan Kerja di Zon 4 telah diketuai oleh Setiausaha Kehormat NUBE NR-PKP merangkap Bendahari Agung Sdr Chee Yeeh Ceeu bersama-sama dengan Ketua Zon 4 iaitu Sdr N. Karthigasan. Antara cawangan Bank dilawati adalah Hong Leong Bank Nibong Tebal, RHB Bank dan CIMB cawangan Sungai Bakap.Lawatan ini bertujuan  memberi informasi terkini berkenaan isu industri perbankan dan mengeratkan silaturahim antara Pemimpin dengan ahli-ahlinya. 

Pemimpin - pemimpin NUBE NR-PKP juga berkesempatan mengadakan sesi dialog bersama ahli NUBE di CIMB Bank Sg Bakap bagi membincangkan isu berbangkit di tempat kerja dan diikuti dengan perlantikan barisan IRCs bagi penggal 2022/2023.

Sdr Chee juga mengingatkan agar ahli-ahli menjalankan kerja dengan penuh integriti dan berkualiti. 

Ahli-ahli sangat gembira dengan penjelasan dan nasihat yang diberikan oleh kepimpinan NUBE NR-PKP dan pelantikan IRCs yang baru juga berjanji akan memikul tanggungjawab serta memainkan peranan dengan betul bagi mengekalkan keharmonian di tempat kerja.

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at nube_hq@nube.org.my