10 Oct 2022

BERITA NUBE

 

PERJUMPAAN BERSAMA AHLI-AHLI MAYBANK JITRA, KEDAH

5 Oktober 2022 - Alor Setar

Ahli-ahli di Maybank Jitra telah menjemput NUBE Penang/Kedah/Perlis untuk mesyuarat am bersama ahli-ahli.

NUBE Penang/Kedah/Perlis yang diwakili oleh Sdr. Tuan Haji Mohamad Ilyas, Ketua Zon merangkap Bendahari Kehormat NUBE Penang/Kedah/Perlis, Sdr. Zaini Halidan, Sdr. Abdul Manan & Sdr. Mohamad Syukri Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja NUBE Penang/Kedah/Perlis.

Ahli-ahli mengambil kesempatan beramah mesra dengan pegawai-pegawai kesatuan yang mengunjungi mereka. Persoalan-persoalan yang diajukan adalah berkenaan perikaian perusahaan menentang kekejaman HSBC, Perjanjian Bersama dan perkembangan terkini di sektor perbankan. 

Ahli-ahli telah dinasihati agar menghargai pekerjaan yang sedia ada serta bersedia untuk menghadapi perubahan-perubahan yang bakal datang. 

Tahniah diucapkan kepada Sdri. Hajjah Maslina Md Yusof yang telah menjalankan tugas IRC Chairman dengan sebaik mungkin. Semoga 
lawatan pada kali ini dapat menjawap segala persoalan yang bermain di fikiran ahli-ahli. Syabas & Tahniah kepada semua yang terlibat.

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at nube_hq@nube.org.my