19 Oct 2022

BERITA NUBE

 

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN (AGM) DI MAYBANK AUTOCITY, JURU, PULAU PINANG

18 Oktober 2022 Autocity, Juru - Ahli - ahli NUBE di Maybank Cawangan Autocity hari ini mengalu-alukan kehadiran Sdr Abdul Ghani Abu Bakar bersama Sdr Mohamad Rizal Othman Ahli Jawatankuasa Cawangan serta diikuti oleh Ahli Jawatankuasa Kerja Sdr Mohd Shukri A.Hamiddi Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) di Maybank Cawangan Autocity bagi sesi 2022/2023.

Sdr Abdul Ghani menerusi ucapan perasmian mesyuarat menekankan beberapa aspek penting yang perlu dipelihara dan dibajai agar mampu bersama menghadapi  cabaran dalam kesatuan dan perbankan.

Semangat solidariti dan ukhwah yang bermula dari akar umbi inilah yang bakal menyatukan hati- hati kesemua ahli - ahli NUBE untuk terus memberi sokongan kepada usaha pemimpin- pemimpin Kesatuan untuk mendukung VISI & MISI NUBE, ahli-ahli juga telah di terangkan keadaan terkini yang sedang berlaku di industri perbankann Serta isu pencabulan hak-hak pekerja di HSBC Serta tidak lupa bantahan beberapa pindaan RUU Akta Kesatuan 1959. 

Mesyuarat diteruskan dengan pelantikan IRCs dimana kesemua ahli -ahli bersetuju dan sebulat suara dengan pelantikan seperti berikut:

Sdr Zulkifli      : Pengerusi
Sdri Sharizad : Setiausaha        
Sdri Yasmin.        : AJK
Sdri Noorashikin : AJK 
Sdr Zaidi              :AJK 
Sdr Chandran      : AJK

Bagi menjalin hubungan harmoni, kepimpinan NUBE juga mengadakan pertemuan dengan Pengurus Cawangan Maybank En Ismanizal Ibrahim

Diharapkan IRCs yang telah dilantik akan memainkan peranan dengan baik.
Syabas dan Tahniah diucapkan.

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at nube_hq@nube.org.my