30 Oct 2022

BERITA NUBE

 

ANAIVARUKKUM INIYA DEEPAVALI NAL VALTHUKAL. (Sdr. Abdul Jamil Haji Jalaludeen. Pengerusi NUBE NR-PKP)

NUBE House, Georgetown Pulau Pinang, 28/10/2022 - Walaupun hujan lebat membasahi bumi Pulau Mutiara petang Jumaat lepas, ianya tidak mematahkan semangat 150 ahli NUBE dari Penang, Kedah dan Perlis untuk menghadiri hadir  Majlis Sambutan Deepavali 2022. 

Turut hadir sama adalah mantan pemimpin NUBE NR-PKP dan pemimpin dari Kesatuan Sekerja Gabungan MTUC Bahagian Pulau Pinang bagi menyerikan lagi sambutan malam itu. 

Majlis diraikan dengan ucapan aluan dari Saudara Abdul Jamil Haji Jalaludeen  selaku Pengerusi Cawangan merangkap Timbalan Presiden NUBE Malaysia. Beliau menjelaskan istimewanya kita di NUBE NR-PKP, Deepavali disambut dengan penuh meriah dalam semangat kekeluargaan yang bersifat lebih inklusif, merentas  sempadan agama, budaya dan kaum.

Beliau juga turut menyarankan agar ahli menggunakan setiap peluang yang ada untuk mengukuhkan semangat perpaduan melalui pelbagai aktiviti yang membabitkan pelbagai kaum. Perpaduan dan solidariti setiap ahli adalah kunci kepada kejayaan kesatuan yang kita kasihi ini. 

Majlis  diteruskan dengan jamuan makan malam, sesi nyanyian karaoke dan cabutan bertuah. Seluruh pimpinan NUBE NR-PKP mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat bagi menjayakan Majlis Sambutan Deepavali 2022.

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at nube_hq@nube.org.my