03 Mar 2023

BERITA NASIONAL

 

Kerajaan teliti model 'gaji kehidupan wajar' di negara ini

KUALA LUMPUR, 2 Mac (Bernama) -- Kerajaan sedang dalam usaha untuk meneliti cadangan Bank Negara Malaysia (BNM) berhubung pelaksanaan ‘gaji kehidupan
wajar’ di negara ini, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar berkata Laporan Tahunan 2017 BNM  menyarankan kadar gaji kehidupan wajar  individu bujang dewasa yang menetap di
bandar adalah RM2,700, manakala pasangan tanpa anak adalah RM4,500 dan pasangan dengan dua anak adalah RM6,500.
“Sehubungan itu, kerajaan perlu mengkaji secara teliti dan mengenal pasti model yang paling sesuai untuk negara kita,” katanya menjawab soalan tambahan Datuk
Awang Hashim (PN-Pendang) yang bertanyakan sekiranya kerajaan akan mempertimbangkan untuk melaksanakan cadangan model gaji progresif.
Sivakumar berkata model gaji progresif memerlukan satu kajian yang lebih mendalam selaras dengan situasi ekonomi dan perburuhan semasa di Malaysia.
Beliau berkata pelaksanaan gaji progresif dan gaji minimum  mempunyai objektif yang sama, iaitu memberi perlindungan kepada pekerja yang menerima gaji
terendah.
Beliau turut memaklumkan bagi tempoh Mei hingga Dis 2022,  Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia telah menjalankan 17,565 pemeriksaan berkanun
terhadap majikan berkenaan pelaksanaan perintah gaji minimum.

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at nube_hq@nube.org.my