02 Apr 2023

BERITA NUBE

 

Bank kaut untung patut contohi kerajaan Selangor beri bonus

PETALING JAYA – Sektor swasta terutama industri mengaut keuntungan besar harus mencontohi kerajaan Selangor yang menyediakan tambahan gaji sebulan sebagai bantuan perayaan Hari Raya Aidilfitri kepada penjawat awam negeri itu.

Setiausaha Agung Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (NUBE), J. Solomon melalui satu kenyataan berkata, walaupun kerajaan Selangor mengalami defisit sejak tiga tahun lalu, namun masih mengiktiraf perkara yang perlu diutamakan.

“Bank-bank di Malaysia yang mengaut keuntungan berbilion-bilion ringgit sepatutnya tiada masalah untuk menghulurkan bantuan sedemikian bagi membolehkan umat Islam menikmati sambutan Aidilfitri dengan tenang.

“Malah, bank-bank sepatutnya berusaha untuk melakukan yang lebih baik berbanding perkhidmatan awam.,” katanya hari ini.

Tambahnya, di Indonesia, yang mana majoriti penduduknya turut menyambut Aidilfitri, majikan di negara itu diwajibkan oleh undang-undang supaya semua pekerja dibayar tambahan 
sebulan gaji sempena perayaan tersebut.

“Bank-bank di Indonesia yang juga mencatatkan keuntungan cemerlang seperti yang disaksikan di Malaysia, membayar dua bulan kepada pekerja mereka.

” Semua bank di Indonesia menyedari inilah masanya pekerja mereka, khususnya mereka yang berada di peringkat bawah dalam hierarki gaji amat memerlukan pendapatan tambahan,” katanya.

Sehubungan itu, katanya, para Ketua Pegawai Eksekutif bank perlu bertanggungjawab secara sosial dan melakukan perkara yang betul kerana mereka akan membuat lebih banyak keuntungan dari tahun ke tahun. – KOSMO! ONLINE

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at nube_hq@nube.org.my