27 Jul 2023

BERITA NUBE

 

"Daun-daun terlihat lebat,

duduk di bawah bayang-bayang.
Nube adalah kesatuan dan sahabat,
bersama-sama susah dan senang"

Rentetan dari pantun diatas 25 Julai 2023, Juru AutoCity, Pulau Pinang -  Pegawai-pegawai NUBE NR PKP Sdr Abdul Ghani Abu Bakar,  Sdr Karthigasan Nadarajan, Sdr Mohamad Rizal Othman bersama Ahli Jawatankuasa Kerja Sdr Mohamad Faizal Idris dan Sdr Mohd Shukri A.Hamid telah membuat lawatan ke CIMB Bank Juru Autocity yang ditimpa musibah kebakaran pada hari Ahad 23 julai 2023 baru-baru ini punca dari kerosakan penghawa dingin.

Pegawai-pegawai datang memberikan sokongan moral serta menasihatkan ahli-ahli supaya berhati-hati dalam menangani serta menguruskan bencana tersebut.

Ahli-Ahli telah menyambut baik serta menerima kunjungan dan mengalu- alukan kehadiran Pegawai-Pegawai Kesatuan dan merasakan sangat tersentuh dengan keprihatinan dan sifat ambil berat yang ditunjukkan oleh NUBE NR PKP.

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at nube_hq@nube.org.my