10 Aug 2023

BERITA NUBE

 

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN (AGM) RHB PAYA TERUBONG - NUBE NR PKP

9 Ogos 2023, Georgetown, Pulau Pinang - Perlantikan AJK Penyelaras (IRC) bagi sesi 2023/2024 di RHB Bank Cawangan Paya Terubong telah dilaksanakan dengan jayanya ketika Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) yang diadakan pada hari ini. Pegawai NUBE NR-PKP yang hadir telah diwakili oleh AJK Cawangan Sdra T.Eswaran serta AJK Kerja Sdra Cheng Al-Vin. 

kain berlipat dalam istana
Pakaian puteri raja kayangan
Sepatah nasihat ilmu yang berguna
Secubit budi jadi kenangan

Selain perbincangan isu berkaitan etika dan disiplin di tempat kerja, Sdra T. Eswaran mengambil peluang ketika dalam mesyuarat untuk memberi kata-kata semangat kepada ahli- ahli agar terus proaktif, memotivasi diri, sentiasa bersemangat untuk belajar dan berkembang agar kita mampu kekal relevan di tempat kerja.

Para AJK Penyelaras (IRC) yang telah dilantik akan menggalas tanggungjawab dengan baik bagi memastikan keharmonian diantara ahli-ahli di Cawangan dan Pihak Pengurusan terpelihara.

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at nube_hq@nube.org.my