11 Aug 2023

BERITA NUBE

 

SESI TAKLIMAT AIA UNTUK AHLI-AHLI DI MELAKA

NUBE SMJ telah mengadakan satu taklimat pada 10/08/2023 berkenaan AIA faedah perubatan keluarga bagi menerangkan faedah-faedah kepada ahli-ahli di Melaka NUBE Office. Hadir dalam sesi penerangan tersebut adalah Chairman NUBE SMJ Saudara Kamarudin, AJK Kesatuan saudara  Shahalam, Saudara Aznor bersama-sama dengan AJK yang lain iaitu Saudara Fahmi dan Saudara Gursatvinder singh.

Seramai 98 orang ahli NUBE telah hadir mendengar taklimat dari Ms Dorothy iaitu agen AIA yang mengendalikan skim faedah perubatan keluarga ini. Di sepanjang taklimat yang diberikan selama satu jam ini beliau telah menerangkan bagaimana proses serta tatacara pengunaan perkhidmatan AIA ini.

Pelbagai soalan yang telah diutarakan oleh ahli-ahli NUBE semasa taklimat dijalankan. Segala persoalan dapat dijawab oleh Ms Dorothy dan ahli NUBE yang hadir berpuas hati dengan jawapan yang diberikan.

Diharapkan taklimat ini akan berterusan untuk memberikan penerangan yang lebih jelas kepada ahli-ahli NUBE pada masa akan datang.

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at nube_hq@nube.org.my