12 Sep 2023

BERITA NUBE

 

Usaha dalam menjaga kebajikan ahli NUBE PKP diteruskan dilapangan

Alor Setar 11/09/2023 - Ahli Jawatankuasa Cawangan Sdr Zaini Halidan telah berjumpa dan bermesyuarat bersama ahli-ahli NUBE di Standard Chartered Bank cawangan Alor Setar hari ini.

Perjumpaan yang diturut serta oleh Ahli jawatankuasa kerja Sdr Abdul Manan & Sdr Muhammad Syukri dari zon Alor Setar ini juga telah membahaskan dan membicarakan tentang permasalah yang berlaku di cawangan SCB tersebut. Isu penutupan cawangan yang akan berlaku sekitar penghujung bulan Oktober ini juga dibincangkan dan tindakan wajar telah diambil oleh ahli cawangan ini.

Seisi penerangan dari Sdr Zaini Halidan kepada ahli amat jelas dan mereka faham dan percaya akan segala arahan yang dikeluarkan oleh pihak kesatuan demi kebaikan semua pihak.

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at nube_hq@nube.org.my