06 Dec 2023

 

 

Sesi Roadshow AIA Zon Langkawi - Pulau Lagenda

Sesi Roadshow AIA Zon Langkawi - Pulau Lagenda

"Ilmu Adalah Investasi Berharga Untuk Masa Depan"

Kuah, Langkawi 4 Disember 2023 - Pada hari ini telah diadakan satu taklimat berkenaan dengan AIA - Group Hospitalisation and Surgical Scheme.

Setiausaha Cawangan Sdr Chee Yeeh Ceeu, Bendahari Cawangan Sdr Haji Mohamad Ilyas, AJK Cawangan Sdr Zaini Halidan, AJK Kerja Sdr Mohd Fariq, Sdr Muhamad Syukri, Sdr Abdul Manan, Sdr Mu'az Mohd Akhir & Sdri Nurul Afatin turut bersama untuk taklimat pada kali ini.

Sesi taklimat dimulakan dengan ucapan aluan oleh Bendahari Cawangan Sdr Haji Mohamad Ilyas kemudian ucapan pembukaan diikuti oleh Setiausaha Cawangan Sdr Chee Yeeh Ceeu dan seterusnya Pn. Dorothy dari AIA memulakan taklimat beliau.

Semua ahli-ahli NUBE Langkawi amat fokus dengan taklimat yang diberikan dan terdapat sesi soal jawab yang banyak ketika taklimat dijalankan. Ini menunjukkan semua ahli peka terhadap setiap perkara. Ahli - ahli juga diingatkan untuk mengisi google form berkaitan AIA Dependants dan juga memuat turun aplikasi AIA+.

Di akhir taklimat, Sdr Hj Mohamad Ilyas mengucapkan ribuan terima kasih di atas kehadiran yang sangat memberangsangkan bagi ahli - ahli NUBE di zon Langkawi dan beliau juga turut memperkenalkan semua barisan AJK kepada ahli-ahli yg hadir.

Salam solidariti

One for All & All for One

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at nube_hq@nube.org.my