09 Dec 2023

 

 

NUBE - AIA Roadshow

“Mencari timba si anak dara,

Dibawah sarang burung tempua,

Salam sembah pembuka bicara,

Selamat datang kepada semua…

Alor Setar, Kedah 05 December 2023 - Sesi taklimat NUBE-AIA Group Hospitalisation and Surgical Scheme telah diadakan hari ini. Taklimat yang berlangsung di Urban Inn Hotel, Alor Setar ini telah dihadiri seramai 100 ahli ini telah dimulakan oleh ucapan kata aluan dari Pengerusi Cawangan NUBE PKP Sdr Abdul Jamil Haji Jalaludeen.

Taklimat yang mengambil masa selama dua jam ini telah disampaikan oleh wakil dari agen AIA Insuran Pn Dorothy. Segala intipati dan keperluan yang setiap ahli perlu lakukan bagi memudahkan proses urusan dan tuntutan telah disampaikan oleh beliau kepada setiap ahli yang hadir.

Setiap ahli telah memberi tumpuan yang penuh bagi memahami segala maklumat yang telah diberikan kerana menjelang tahun hadapan ke semua perbelanjaan perubatan bagi setiap ahli keluarga akan diselenggarakan oleh skim AIA Insuran yang disampaikan. Sesi soal jawab dari ahli kepada wakil AIA yang hadir juga telah berlangsung.

Tn Haji Mohamad Ilyas selaku ketua Zon 1 telah melakukan penutupan dengan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang hadir untuk menjayakan roadshow pada kali ini.

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at nube_hq@nube.org.my