SEMINAR SEMANGAT SOLIDARITI
SEMINAR SEMANGAT SOLIDARITI
Pergi ke sekolah bersama rakan,
Bertemu pedagang menjual rotan,
Alangkah senang bisa berkenalan,
Banyak saudara banyaklah kawan.
Begitulah semangat rakan-rakan NUBE KLSP yang telah hadir ke Seminar Grassroots Sesi-1 bagi tahun 2024 sebagai peserta. Seramai 30 orang rakan-rakan NUBE KLSP yang hadir ke Seminar Grassroot ini dengan semangat penuh berkerjasama mengutamakan menuntut ilmu dan persaudaraan.
Sesi Pengenalan yang bermula daripada jam 8:00 malam berlangsung dengan banyak pengkongsian berkenaan dengan pengalaman baru dan pengalaman yang lebih bermakna, lucu lagi menyentuh hati.
Para peseta turut berkongsi pemahaman mereka berkenaan dengan peranan Majikan, NUBE dan Kerajaan.
Sesi yang berakhir lewat malam, bermula dengan Sesi Latihan Jasmani bagi Sesi hari ini.
Para Tenaga Pengajar, AJK KLSP, Sdra Yushamizan Yusoff bersama dengan Sis A Karuna, Setiausaha Kehormat Cawangan mengendalikan program ini dengan penuh semangat solidariti.
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now