21 Feb 2024

 

 

Kepada rakan sekalian

Kepada rakan sekalian,

Dukacita dimaklumkan bahawa pihak bank telah mengingkari janji untuk memberikan kita Bantuan Perayaan, dan denganitu mengkhianati kepercayaan dan keyakinan kita terhadap mereka.

Walaupun telah ada Perjanjian secara hitam putih, mereka kini mendakwa kita salah faham komitmen mereka.

Malah lebih menyakitkan hati lagi, Hong Leong Bank dan HSBC Bank akan menganjurkan sambutan Tahun Baharu Cina esok. Acara ini dibiayai wang yang sepatutnya diberikan sebagai bayaran Bantuan Perayaan untuk kita.

Ini adalah usaha sebagai kawalan kerosakan terhadap imej dan reputasi mereka selepas menipu kita daripada mendapat Bantuan Perayaan.

Kami menggesa semua ahli NUBE supaya terus bertegas dan tidak menghadiri sambutan bank-bank berkenaan.

Semua budaya kita yang pelbagai menghargai INTEGRITI dan MARUAH, prinsip yang kita mesti pertahankanterutamanya apabila orang lain gagal menghormati komitmendiberikan kepada kita.

Marilah kita tunjukkan kepada pihak bank bahawa komitmenkita terhadap nilai kebudayaan dan martabat menjangkauisaiz, kuasa dan usaha mereka membeli maruah kita denganwang mereka.

Kami menggesa ahli NUBE di Hong Leong dan HSBC Bank serta bank lain supaya bersatu padu demi nilai dan maruahkita dengan TIDAK MENGHADIRI acara esok dan yang lain-lain berkenaan perayaan.

“ONE FOR ALL AND ALL FOR ONE”

J SOLOMON

SETIAUSAHA AGUNG

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at nube_hq@nube.org.my