24 Feb 2024

 

 

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN (AGM), AFFIN HWANG INVESTMENT BANK BHD- NUBE NR PKP

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN (AGM), AFFIN HWANG INVESTMENT BANK BHD- NUBE NR PKP

22 Feb 2024, Georgetown Penang - Buat pertama kali selepas di rekrut menjadi ahli NUBE Malaysia, Pegawai - pegawai NUBE NR PKP telah dijemput oleh ahli NUBE dari Affin Hwang Investment Bank Bhd (Georgetown)ke Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) bagi Perlantikan Jawatan Penyelaras (IRC) bagi sesi 2024/2025.

Pengerusi Nube NR PKP iaitu Sdra Abdul Jamil Haji Jalaludeen bersama Naib Pengerusi sdra Zainul Ahamad Mydin, Setiausaha Kehormat Sdri Siti Haryati Kamal, Bendahari Kehormat Sdri Harinder Kaur dan AJK Kerja Sdra Alvin telah hadir ke mesyuarat tersebut.

'Tak kenal Maka Tak Cinta', begitulah bait permulaan oleh Sdra Abdul Jamil bagi meraikan penglibatan ahli baru NUBE agar lebih bersemangat mengenali organisasi dan Perjuangan NUBE.

Tambahan pula sekarang ini kita dalam fasa TRADE DISPUTE bersama pihak Bank, yang mana bank menunjukkan ketidakikhlasan dan sikap acuh tak acuh mereka dalam menjaga kebajikan pekerja. Affin Bank merupakan salah satu bank yang mewakili bank bank di bawah MCBA.

Justeru, bahagian terpenting yang dibincangkan ketika Mesyuarat adalah :

Kegagalan MCBA mematuhi MOA Bantuan Perayaan (FA - MOA) bertarikh 5 April 2023.

Kepentingan Solidariti.

Mengetahui & Menghargai Perjuangan NUBE.

Cakna mengenai Sekuriti Pekerjaan. Ahli terus diingatkan untuk menjaga intergriti walaupun pihak bank sendiri gagal untuk mengamalkannya.

Selain itu, ahli - ahli juga diminta untuk menghubungi Ketua Zon atau Nube NR PKP bagi mendapatkan sebarang khidmat nasihat atau sebarang kemusykilan untuk diajukan.

Tahniah dan Syabas kepada perlantikan IRC baru Ahli Nube di Affin Hwang Investment Bank Bhd Cawangan Georgetown. Diakhir mesyuarat, sdra Abdul Jamil sempat menitipkan nasihat bahawa menempa kejayaan di dalam sesebuah organisasi itu tidak mampu dicapai serta merta atau tiba - tiba secara individu. Ianya memerlukan usaha dan sokongan yang berterusan secara bersama.

'One For All dan All For One'

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at nube_hq@nube.org.my