NUBE KLSP Intermediate Seminar: Sesi-1
NUBE KLSP Intermediate Seminar: Sesi-1
'Anak kecil memungut jambu,
Sudah kenyang lari ke hutan,
Bersama bersatu menuntut ilmu,
Supaya hak dapat dipertahankan.'
Lama sudah ingin bertemu,
Pohon ditebang dibuat papan,
Ahli NUBE mencari ilmu,
Sebagai bekalan masa hadapan.
Tiada apa yang lebih bermakna bagi sekumpulan ahli-ahli NUBE KLSP selain dari dapat berkumpul dan berkenalan dalam sesi Seminar Intermediate anjuran KLSP di NUBE Training Centre.
Kegembiraan dan semangat jelas terpancar di wajah mereka sepanjang 2 hari seminar ini berlangsung.
Mereka bertekad untuk mendalami ilmu berkaitan hak dan tanggungjawab mereka sebagai bekal untuk menjadi pemimpin di cawangan masing-masing.
Seminar ini akan diteruskan selama tiga sesi dan sesi paling genting ialah 'Mesyuarat Bersama Pihak Pengurusan' dan akan berlangsung sehingga hari Sabtu nanti.
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now