*KEM MADANI KANAK-KANAK NUBE*
*KEM MADANI KANAK-KANAK NUBE*
Ikan duri ekornya kasar,
Kering dijemur di atas atap,
Kanak-kanak sedang membesar,
Perlu dipupuk supaya mantap.
Satu lagi pencapaian bersejarah telah diukir oleh NUBE apabila majlis pendaftaran Kem Madani Kanak-Kanak NUBE yang ditaja sepenuhnya oleh NUBE telah berjaya dilancarkan pada hari ini.
Majlis pendaftaran yang bermula pada jam 9.30 pagi telah berlangsung dengan lancar dan mendapat sambutan yang hangat dengan pendaftaran seramai 100 peserta kanak-kanak yang kebanyakannya merupakan anak-anak ahli NUBE di seluruh Malaysia.
Pelbagai aktiviti pembelajaran sambil bersolidariti yang menyeronokkan telah diatur untuk 4 hari program yang berlangsung di Pusat Latihan NUBE, Port Dickson.
Ini turut memberikan pengenalan awal kepada generasi akan datang untuk mengenali perjuangan NUBE kepada masyarakat.
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now