28 Feb 2024

 

 

Kem Madani Kanak-kanak NUBE - Hari ke-2

Kem Madani Kanak-kanak NUBE - Hari ke-2

Kegembiraan dan keriangan diteruskan di Kem Madani Kanak-kanak NUBE yang telah masuk ke hari kedua.

Program di sebelah telah dimulakan dengan kerjasama berkumpulan untuk meningkatkan keyakinan mereka terhadap cabaran air dengan membuat rakit.

Mereka kemudiannya diajar dengan asas kemahiran hidup dengan pendedahan tentang kaedah menghidupkan api dan kaedah mendapatkan air melalui proses Solar Water Still. Kesemua peserta berasa amat seronok dan teruja dengan aktiviti-aktiviti ini.

Keceriaan mereka tidak terhenti setakat itu kerana di sebelah petang, mereka telag dibawa melawat 'Ostrich Farm'.

Kesemua peserta amat seronok kerana berpeluang melihat pelbagai jenis haiwan secara dekat sambil mempelajari ciri-ciri dan habitat haiwan-haiwan tersebut.

Kegembiraan yang jelas terpancar di wajah kesemua peserta menggambarkan kepuasan hati mereka sambil tidak sabar menantikan aktiviti seterusnya pada hari esok.

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at nube_hq@nube.org.my