Upacara Penutup Kem Madani Kanak-kanak NUBE - Bahagian 1
Upacara Penutup Kem Madani Kanak-kanak NUBE - Bahagian 1
Sudah bebas tanah jajahan,
Rakyat rajin menabur jasa,
Jujur dan amanah jadikan amalan,
Boleh memimpin apabila dewasa.
Kem Madani Kanak-kanak NUBE menghabiskan aktiviti pada hari yang terakhir dengan permainan 'Sea Battle' dan 'Archery'.
Kesemua peserta cilik telah menghabiskan waktu sepanjang pagi di pantai Teluk Kemang dalam cuaca yang sangat indah.
Selesai acara tersebut, kesemua peserta dengan penuh bersemangat telah menjalankan latihan terakhir untuk mempamerkan bakat yang akan dipersembahkan kepada ibubapa mereka nanti.
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now