02 Mar 2024

 

 

Tak lapuk dek hujan,

Tak lapuk dek hujan,

Tak lekang dek panas.

Perjumpaan bersama kita, adat yang kekal dan tetapi utuh bagi kami di NUBE KLSP.

Bilik Mesyuarat Anggerik MANCO, MBSB Bank, Pj Sentral menjadi tempat perjumpaan sesama kita ahli-ahli Nube di cawangan tersebut.

AJK NUBE KLSP Sdra Muhamat Yusri MB dibantu oleh Ahli Jawatankuasa Kerja Klsp iaitu Sdra Jazlan Shah, Sdri Wan Nurnabilah Sdra Ahmad Fareed AB dan Sdra Steven Andrew.

Perjumpaan ini adalah untuk perlantikan IRC sebagai kesinambungan jambatan solidariti yang sekian lama terjalin di antara ahli cawangan ini dan barisan kepimpinan NUBE.

Langkah ini amat penting untuk memastikan setiap arahan dan langkah NUBE untuk mencapai objektif, terutamanya pada masa sekarang kita sedang giat mendedahkan ketidakikhlasan Bank terhdap pekerjanya, dan mungkin pelanggan juga.

Di akhir mesyuarat, semua ahli bertekad dan berjanji meneruskan perjuangan dan sokongan jitu kepada NUBE.

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at nube_hq@nube.org.my