03 Mar 2024

 

 

Acara Penutup Kem Madani Kanak-kanak NUBE - Bahagian 2

Acara Penutup Kem Madani Kanak-kanak NUBE - Bahagian 2

Setiap yang bermula, pasti akan ada pengakhirannya. Begitulah juga dengan kemeriahan dan keceriaan di Kem Madani Kanak-kanak NUBE.

Majlis penutup yang penuh dengan kemeriahan itu telah dimulakan dengan ucapan penutup dari Presiden NUBE, Sdr Tan Eng Hong dan telah dirasmikan oleh YB Dr. Rajasekaran Gunnasekaran (ADUN Sri Tanjung).

Kerinduan ibu bapa selama 4 hari berjauhan dengan anak-anak mereka segera terubat apabila melihat telatah dan kegembiraan anak-anak mereka ketika menghadiri majlis penutup tersebut.

Kemeriahan majlis tersebut jelas dapat dirasakan apabila kesemua 94 orang kanak-kanak telah memperlihatkan bakat mereka secara berkumpulan melalui pelbagai persembahan nyanyian, tarian dan sketsa.

Kesemua 10 kumpulan yang membuat persembahan telah berjaya menghiburkan penonton yang hadir dengan gelagat mereka yang mencuit hati.

Nantikan kisah selanjutnya berkenaan majlis penutup Kem Madani Kanak-kanak yang ditaja sepenuhnya oleh NUBE ini.

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at nube_hq@nube.org.my