04 Mar 2024

 

 

Majlis Penutup Kem Madani Kanak-kanak NUBE - Bahagian Akhir

Majlis Penutup Kem Madani Kanak-kanak NUBE - Bahagian Akhir

Majlis penutup Kem Madani Kanak-kanak NUBE diteruskan dengan penyampaian sijil beserta baucer gedung pakaian Hari-Hari bernilai RM100 diberikan kepada para peserta untuk membeli barangan keperluan sekolah.

Kesemua sijil dan baucer tersebut telah disampaikan oleh Presiden NUBE sendiri kepada 94 peserta yang menghadiri Kem Madani tersebut.

Sesi taklimat bersama para ibubapa turut dikendalikan di akhir majlis penutup bagi memberikan pandangan serta perkembangan anak-anak mereka sepanjang Kem Madani berlangsung selama 4 hari.

Kepimpinan NUBE berasa amat bangga kerana objektif penganjuran Kem Madani Kanak-kanak NUBE tercapai seperti apa yang telah dirancang pada persidangan delegasi NUBE yang lalu.

_Kalau ada sumur di ladang,

Bolehlah kita menumpang mandi,

Kalau ada umur yang panjang,

Bolehlah NUBE anjurkan lagi._

Perasaan gembira bebaur sedih kerana kemesraan dan kerjasama yang terjalin sepanjang 4 hari kem ini berlangsung telah sampai ke penghujungnya.

NUBE mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua peserta dan penghargaan kepada semua ibubapa dan pihak yang terlibat dalam menjayakan Kem Madani Kanak-kanak yang ditaja sepenuhnya oleh NUBE ini.

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at nube_hq@nube.org.my