NUBE House, Brickfields - 8 Mac 2024
NUBE House, Brickfields - 8 Mac 2024
NUBE KLSP meneruskan tradisi tahunan dengan mengadakan majlis Sambutan Tahun Baru Cina 2024 yang bertempat di dewan PC Gomez, NUBE House.
Walaupun cuaca hujan lebat, namun atas dasar semangat solidariti yang kuat di kalangan ahli-ahli, mereka semua hadir walaupun ada yang tiba agak lewat sedikit.
Acara kemuncak dalam majlis kali ini adalah persembahan Tarian Singa. Dua ekor 'singa' telah singgah di Bangunan NUBE House dan telah 'merahmati' 3 tingkat NUBE House.
Ucapan dari Pengerusi dan Setiausaha Kehormat NUBE KLSP telah memberikan semangat kepada semua yang hadir.
Majlis ditamatkan dengan persembahan dari ahli-ahli NUBE yang menunjukkan bakat mereka melalui nyanyian karaoke.
NUBE KLSP mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah menjayakan majlis sambutan Tahun Baru Cina pada kali ini. Semoga perpaduan dan sokongan ahli-ahli NUBE berkekalan.
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now