31 Mar 2024

 

 

Semakin bahang Hari Raya Aidilfitri kian terasa

Semakin bahang Hari Raya Aidilfitri kian terasa , usahlah kita lupakan perjuangan berterusan ini bagi mendapatkan keadilan yang membara  dalam diri kita. Kita terus bersatu dalam mencapai matlamat ini, dan gigih dalam mencari keadilan  serta hak sedia ada yang termaktub untuk setiap orang.

Dalam konteks ini, marilah kita sama-sama imbas kembali drama melibatkan Persatuan Bank-bank Komersial Malaysia (MCBA) dan Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) yang kini dalam pengamatan:

MCBA secara terang-terangan tidak mengendahkan Perjanjian Kolektif (CA) berhubung Prosedur Siasatan Rungutan dan CA mengenai Dialog Sosial, selain melanggar Memorandum Persetujuan (MOA) berkaitan Bantuan Perayaan. Tindakan jahat mereka adalah untuk membawa isu itu ke Mahkamah Perusahaan menerusi rujukan kepada Jabatan Perhubungan Perusahaan (JPP) secara haram.

Dalam pada ini, empat Ahli Parlimen:

#YBAwangHashim #Pendang, #YBSanisvaraNethajiRayer #Jelutong, #YBHajiAbdulLatifBinAbdulRahman #KualaKerai, dan #YBDrMohammedTaufiqBinJohari #SungaiPetani, telah lantang bersuara di Dewan Rakyat, dan memberikan sokongan hebat kepada kita dengan penuh semangat dan keazaman .

Bagaimanapun, Menteri KESUMA, Steven Sim Chee Keong 沈志强, merendahkan kebimbangan yang dibangkitkan, dan menekankan bahawa mesyuarat perdamaian akan diadakan di JPP dengan menekankan secara khusus terhadap mengutamakan kebajikan pekerja .

Namun, mesyuarat awal di Kuala Lumpur melihat wakil JPP memainkan peranan minimum iaitu sekadar umpama posmen . Mesyuarat seterusnya diadakan di Putrajaya oleh JPP, tetapi gagal mencapai sebarang resolusi . Keengganan JPP bersemuka secara langsung dengan pihak bank mengenai soalan kritikal masih menjadi tanda tanya:

1. Kenapa berlaku pelanggaran MOA Bantuan Perayaan 

2. Kenapa timbul keengganan untuk memberikan sebulan gaji sebagai Bantuan Perayaan untuk pekerja B40 dan M40 

3. Kenapakah pihak Bank tergesa-gesa merujuk perkara ini kepada JPP tanpa melalui remedi ditetapkan dalam CA

Presiden NUBE - Tan Eng Hong, Timbalan Presiden - Abdul Jamil Jalaludeen, Naib-naib Presiden - Mohd Faisal Husin, dan S Thiagarajan, bersama ahli EXCO NUBE, Mohd Rahmat Abd Hamid dan Yushamizan Yusoff, kini tertanya-tanya dengan kegagalan JPP untuk bertindak . Apakah halangan yang menyekat JPP menuntut kebertanggungjawaban daripada MCBA dan bank-bank supaya mematuhi MOA Bantuan Perayaan 

Situasi ini bukan saja memerlukan renungan, tetapi juga untuk tindakan kolektif bagi memastikan suara kita membawa kepada perubahan yang nyata .

#BankTakIkhlas #NUBE #KementerianSumberManusia #KESUMA #JabatanPerhubunganPerindustrian #JPP #IRD #YBStevenSim

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at nube_hq@nube.org.my